Kelas Microsoft Office – Publisher & Advokasi

11 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Publisher. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran dan pengetahuan penggunaan Microsoft Publisher melalui peperiksaan (test). Mereka turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, peserta menjalani peperiksaan untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan penggunaan Microsoft Publisher sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran penggunaan Microsoft Publisher.

Tambahan pula, pelajar juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan masyarakat. Program KDB dapat mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta untuk menggalakkan masyarakat berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali